Sunday, 4 November 2012

Catatan Pra Cuti

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.





Lama benar rasanya blog ini tidak dikunjungi tuannya. Sibuk! Itulah alasan yang dapat aku berikan. Memang pun, sibuk. Biasalah kan .. kehidupan budak asrama. Rutin sudah di'set' sepanjang hari. Berganti minggu. Bertukar bulan. Semasa Aidil Adha yang lepas, hasrat di hati memang hendak berkunjung dan menulis sesuatu. Tetapi kerana sibuk sangat berhari raya, agenda hanya tinggal agenda.

Minggu ini minggu terakhir persekolahan. Agenda paling utama dalam kepala otak sekarang ini ialah balik 'kampung'. Jumpa keluarga. Huh! Tak sabar rasanya. Walaupun sekali-sekala, walid ada datang melawat aku apabila dia mempunyai mesyuarat di KL tapi rasanya memang tak sama kita berada di rumah. Home sweet home! Dapat makan apa yang diinginkan. Dapat buat apa yang kita  nak buat. Memanglah best, kan?

Beberapa minggu yang lepas, saya membaca sebuah buku tentang Islam dan Sains. Buku tulisan Mohd. Fadzil Akhir, lepasan sarjana kedoktoran dalam bidang oseanografi fizik. Bukunya itu memang best giler. Banyak ulasan tentang fakta sains dalam Al-Quran yang dijelaskan dengan contoh-contoh penemuan saintis moden.

Salah satunya ialah tentang Gulf Stream. Menurut buku tazkirah berorientasikan sains ini, Gulf Stream antara arus paling laju di dunia. Pada masa tertentu, arus ini dapat bergerak melebihi 1.2 muka surat (part ini aku macam perlukan pencerahan lah pulak). Ini antara catatan arus laut yang paling laju pernah direkodkan di atas muka bumi. Secara purata, lebarnya kira-kira 100 kilometer. Arus ini mencecah kedalaman sehingga 2,000 meter. Unik, kan?
r.
Sifat air itu sendiri juga unik. Air yang digerakkan melalui arus ini memiliki suhu yang agak tinggi berbanding air di sekelilingnya. Macam tu juga dengan kadar kemasinan airnya. Berbeza dengan air di sekelilingnya. Tidak ubah seperti aliran sungai dalam Lautan Atlantik. Itulah sebabnya ada saintis memanggilnya 'sungai di dalam lautan'. Subhanallah!

Fenomena ini menjadi lebih indah, apabila kita merujuk surah al-Furqan:53 yang maksudnya: "Dan Dia Tuhan yang membiarkan dua laut yang mengalir berdampingan, yang satu tawar lagi segar dan yang satu lagii masin lagi pahit, dan DIa jadikan antara kedua-duuanya dinding dan batas yang menghalang."

Setiap keindahan itu hanya akan bermakna apabila manusia berfikir perihal manfaat di sebalik keindahan itu! Allahu akbar! Mari kita isi masa cuti yang panjang ini dengan sesuatu yang bermanfaat. Contohnya; membaca tazkirah sains seperti karya Dr. Fadzil ini ..selamat bercuti!

No comments:

Post a Comment