Monday 5 November 2012

Cuti, cuti, cuti





Beberapa hari sahaja lagi, alam persekolahan menengah tahun kedua akan berakhir. Berbanding se,asa Form 1, naik Form 2 memang ada rasa lain sikitlah. Semasa F1, ada masa kita macam takut-takut nak buat sesuatu perkara. Tetapi bila dah jadi senior sikit, tahap keberanian makin meningkat. As long as, kita tahu apa yang kita buat. Tidak menyalahi syariat, redah je lah. Ha ha!

Di asrama sekarang ini, hiruk-pikuk je selalu. Al-maklumlah kan, exam pun dah habis (result dah dapat dah pun). Ada juga geng yang memang tahap motivasi setinggi Everest tu, dah mula belek buku Form 3. Aku pun ada gaklah sekadar suka-suka baca silibus Form 3 dalam buku rujukan. Try out soalan Math, test power. Tapi taklah serious sangat. Aku ni jenis yang ulangkaji 5 kali je satu-satu topik tu. Ummi aku dulu ada turunkan petua membuat ulangkaji supaya lekat dalam kepala. Rasa aku, tips tu mujarablah.

4 hari lagi, aku akan balik kampung. Mana lagi, kalau bukan Bumi Kenyalang. Tapi aku ni nama je, IC kod Sarawak .. aku tak lah pass sangat cakap Sarawak. Yalah, dapat dimaafkanlah sebab aku mix. Ummi Sabahan, Walid Sarawakian. Di rumah cakap bahasa standard. Tapi, bila jumpa Sarawakian aku cakap Sarawak jugalah kan ..

Sabtu yang kutunggu. Adik-adik pun sure tunggu abang diaorang yang garang ni. Ha ha ha! Azam tahun baru? Masih awal lagi. Selalunya aku azam tak ada sangat, wish list saja yang selalunya p.a.n.j.a.n.g. Dan, for sure Ummi akan buat urusan tawar-menawar. Priority first, mom!

Sunday 4 November 2012

Kalau dah rezeki

Beberapa minggu yang lalu (malas nak refer actual date) aku masuk pertandingan 'berkayuh'. Kira mewakili rumah sukan akulah tu. Hijau! Berabis usaha dan kudratlah kami berempat. Apa lagi kalau bukan nak menempatkan rumah Hijau kami di tempat yang terbaik. Dalam sesi latihan sebelum-sebelum ini memang kami berhempas pulas. Fokus. Komited! Namun, takdir kami tidaklah seperti yang kami harapkan. Perairan buatan Putrajaya menyaksikan kami hanya dapat bertenggek di tempat ke-empat. Hu hu hu! Ummi selalu pesan, selalulah berasa cukup dengan yang sedikit dan bersyukur dengan yang banyak. Aku call Umm sehari selepas itu, nak bagi tau frust juga lah tak memang top 3. "It is okay. You didn't lose, Ameer. Ameer dapat pengalaman yang berharga. Belajar tentang teamwork. And you had fun, right?" Hmm .. memanglah best giler, fun habis bila dapat berkayuh-kayuh! Kata Ummi lagi : "kalau bukan rezeki, ke lubang cacing pun kita kejar tetap tak dapat. Tapi kalau sudah rezeki, ada masa rezeki itu datang bergolek-golek. Kena bangun. Dan capai je!"



Minggu lepas pula aku teringin nak masuk catur. Tapi kerana aku terlewat, penyertaan dah pun ditutup. Nak katanya rezeki, seorang geng ni minta aku gantikannya. Alhamdulillah sangat! Then, yang lagi best lepas tu, saya direzekikan menang. Memang betul lah apa yang Ummi cakap tu. Kalau sudah namanya rezeki ..


Catatan Pra Cuti

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.





Lama benar rasanya blog ini tidak dikunjungi tuannya. Sibuk! Itulah alasan yang dapat aku berikan. Memang pun, sibuk. Biasalah kan .. kehidupan budak asrama. Rutin sudah di'set' sepanjang hari. Berganti minggu. Bertukar bulan. Semasa Aidil Adha yang lepas, hasrat di hati memang hendak berkunjung dan menulis sesuatu. Tetapi kerana sibuk sangat berhari raya, agenda hanya tinggal agenda.

Minggu ini minggu terakhir persekolahan. Agenda paling utama dalam kepala otak sekarang ini ialah balik 'kampung'. Jumpa keluarga. Huh! Tak sabar rasanya. Walaupun sekali-sekala, walid ada datang melawat aku apabila dia mempunyai mesyuarat di KL tapi rasanya memang tak sama kita berada di rumah. Home sweet home! Dapat makan apa yang diinginkan. Dapat buat apa yang kita  nak buat. Memanglah best, kan?

Beberapa minggu yang lepas, saya membaca sebuah buku tentang Islam dan Sains. Buku tulisan Mohd. Fadzil Akhir, lepasan sarjana kedoktoran dalam bidang oseanografi fizik. Bukunya itu memang best giler. Banyak ulasan tentang fakta sains dalam Al-Quran yang dijelaskan dengan contoh-contoh penemuan saintis moden.

Salah satunya ialah tentang Gulf Stream. Menurut buku tazkirah berorientasikan sains ini, Gulf Stream antara arus paling laju di dunia. Pada masa tertentu, arus ini dapat bergerak melebihi 1.2 muka surat (part ini aku macam perlukan pencerahan lah pulak). Ini antara catatan arus laut yang paling laju pernah direkodkan di atas muka bumi. Secara purata, lebarnya kira-kira 100 kilometer. Arus ini mencecah kedalaman sehingga 2,000 meter. Unik, kan?
r.
Sifat air itu sendiri juga unik. Air yang digerakkan melalui arus ini memiliki suhu yang agak tinggi berbanding air di sekelilingnya. Macam tu juga dengan kadar kemasinan airnya. Berbeza dengan air di sekelilingnya. Tidak ubah seperti aliran sungai dalam Lautan Atlantik. Itulah sebabnya ada saintis memanggilnya 'sungai di dalam lautan'. Subhanallah!

Fenomena ini menjadi lebih indah, apabila kita merujuk surah al-Furqan:53 yang maksudnya: "Dan Dia Tuhan yang membiarkan dua laut yang mengalir berdampingan, yang satu tawar lagi segar dan yang satu lagii masin lagi pahit, dan DIa jadikan antara kedua-duuanya dinding dan batas yang menghalang."

Setiap keindahan itu hanya akan bermakna apabila manusia berfikir perihal manfaat di sebalik keindahan itu! Allahu akbar! Mari kita isi masa cuti yang panjang ini dengan sesuatu yang bermanfaat. Contohnya; membaca tazkirah sains seperti karya Dr. Fadzil ini ..selamat bercuti!

Saturday 21 July 2012

Kata Hukama'

Petikan kata-kata ini juga aku 'turunkan' daripada catatan aku sepanjang tahun lalu. Dalam beberapa siri pembangunan diri, baik anjuran sekolah ataupun pihak penaja pengajianku. Aku saring yang rasaku adalah antara yang terbaik. Petikan kata-kata para hukama' ini, pada waktu-waktu tertentu telahbukti berjaya memberikan aku motivasi dan inspirasi. Cuma yang belum lagi aku capai hanya inovasi sahaja lagi. Ha ha ha!

  • Berkawan dengan orang yang soleh dan optimis akan  membantu anda meringankan kesusahan serta membuka pintu harapan. Kawan yang selalu putus harapan menjadikan duniamu juga menjadi kelam.
  • Kegembiraan menjadikan jiwa kita sentiasa bersemangat dan membahagiakan hati. So, be happy!
  • Balaslah setiap kebaikan dengan lebih baik.
  • Di antara pintu kebahagiaan terbesar adalah doa kedua ibu bapa. (Moga-moga aku adalah antara mereka yang mendapat kebahagiaan ini!)
  • Bacalah sejarah. Nikmati cerita dan hikmahnya. Bangsa yang tidak pernah belajar daripada sejarah akan ditimpa sejarah musibah yang sama berkali-kali. (Cintailah matapelajaran Sejarah, weii! Serius, aku suka belajar Sejarah)
Wassalam!
Ibnu Mahra,
Kajang

Ahlan wasahlan ya Ramadhan






Ramadhan yang dinanti datang lagi. Ramadhan yang dirindu. Ramadhan yang datang bersama 1001 tawaran hebat. Sudah tentulah jauh lebih hebat daripada 'tawaran' di Pesta Membeli-Belah Malaysia, malahan tidak dapat ditandingi oleh apa-apa tawaran keduniaan sekalipun.

Ramadhan penuh dengan limpahan keampunan, siraman rahmat dan naungan perlindungan daripada azab api neraka. Itulah hikmah yang dihamparkan oleh Ramadhan. Eksklusif bagi mereka yang menginginkan sahaja. Yang ingin dan mengorak langkah. Berbahagialah orang itu.




Subuh tadi selepas sahur ala kadar, aku dan ANJ solat Subuh berjemaah. Sebelum kembali terlelap sekejap, aku mencapai Quran terjemahan hitamku. Sekadar membaca beberapa ayat pada juzuk kedua. Aku teringat musim Ramadhan ketika usiaku 5 hingga 7 tahun, kami bertiga (aku, Ummi dan Abie - adik lelaki aku masih 'baby' masa tu) akan berterawih di Masjid Jami' Negeri. Satu malam, satu juzuk imam tu baca. Aku sampai tertidur-tidur lagi semasa sujud. Badan ada kala aku goyangkan ke kiri ke kanan supaya tidak terlalu lenguh sementara menunggu imam menghabiskan bacaan. Ada juga rakan-rakan seusia aku, berlari-lari anak di dalam masjid. Tawaf secara marathon bersama geng masing-masing. Aku pula bila sudah keletihan hanya akan duduk bersandar di mana-mana tiang yang banyak terpacak di masjid yang indah itu. Sudah tentu tak jauh dari tempat Abie solat. Aku agak takut jika walidku itu hilang daripada pandangan dalam keadaan manusia yang ramai begitu.

Sekarang setelah enam tahun berlalu, aku pun dah tercampak jauh di SBP ini kenangan berterawih bersama seperti itu di tempat yang sama tinggal suatu kesempatan yang jarang-jarang sekali dapat kami lakukan. Apatah lagi di Masjid Jami' Negeri. Semasa di utara Sarawak, kami ke Masjid Daerah sahaja untuk terawih.


Tanpa aku rencanakan, ringan sahaja aku menaip 'Ramadhan' di Google. Akhirnya beberapa fakta aku temui daripada beberapa laman. Antara yang aku tertarik ialah kejadian penting dalam bulan Ramadhan. Aku buat kombinasi beberapa tulisan di laman sesawang. Beginilah rumusannya ..



ANTARA KEJADIAN PENTING DI BULAN RAMADHAN

1) Kemenangan terbesar - Pembukaan Kota Mekah yang tidak menumpahkan setitis darah pun- 10 Ramadhan, 2 Hijrah. Dianggarkan 360 berhala sekitar Kaabah .. H.A.N.C.U.R, lebur!

2) Perang Badar - Jumaat, 17 Ramadhan, 2 Hijrah.

3) Tempat penyembahan berhala Uzza musnah oleh Khalid Al-Walid - 25 Ramadhan, 8 Hijrah.

4) Perang Tabuk sebahagiannya terjadi pada Ramadhan, 9 Hijrah

5) Andalusia ditakluki pada 28 Ramadhan  di bawah percaturan Komander Tariq bin Ziyad ..

Jelasnya, ramadhan mempunyai sejarah yang tersendiri dalam pembinaan tamadun Islam.

Ya Allah! Aku mohon Engkau jadikanlah aku sebahagian daripada sejarah gagah Ramadhan yang mulia. Amin ya Rabbal 'alamiin!





Hebatnya Otak Manusia

Semasa membelek-belek buku catatan sepanjang tahun lalu, aku menemui beberapa catatan yang agak menarik perhatian aku. Dan aku mahu kongsikannya. Di sini. Catatan ini catatan motivasi. Tentang keajaiban otak. Aku ambil intipatinya sahaja. Harap-harap ada manfaat yang boleh diambil.

  • Otak adalah alam semesta seberat satu kilogram. Nah! Betapa hebat potensi otak.

  • Jika seluruh maklumat buku perpustakaan di dunia atau seluruh maklumat jaringan telekomunikasi di dunia dimasukkan ke dalam otak, otak manusia tidak akan penuh.

  • Jika setiap detik, 10 informasi dimasukkan ke dalam otak kita semenjak lahir sehinggalah kita meninggal dunia, otak kita tidak akan penuh. Masya-Allah! Betapa besarnya 'storage' otak manusia, Rugikan kalau tak isi?
Jomlah! Alang-alang dah jadi warga SBP, amatlah wajar kita mengisi otak kita yang sedia hebat ini!

Sebuah Doa

DOA MEMOHON KETAATAN KEPADA TUHAN

Allahumma ahyi  quluubanaa bittawakkuli 'alaika wa bitthoo'ati laka bizzikri 'alaika bilmudaafa'ati laka bittauhiidi laka

"Ya Allah, hidupkanlah hati kami dengan menyerah padamu dalam ketaatan padamu dan zikir mengingatimu serta dengan menuruti dan meng-Esakan-Mu"

Doa ini adalah antara doa yang aku hafaz semasa Minggu Orientasi. Ada 11 doa lain yang kami kena hafaz. Abang-abang Biro Agama yang akan mendengar hafazan kami sebelum Minggu Orientasi berakhir. Syukur, alhamdulillah. Banyak doa yang lekat di kepala ini, berkat 'assignment' semasa Minggu Orientasi di SBP.

^^ selamat beramal dengan DOA ^^

"Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku, jawablah Aku dekat. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa  apabila dia meminta kepada-Ku .." Al-Baqarah: 186