Semasa membelek-belek buku catatan sepanjang tahun lalu, aku menemui beberapa catatan yang agak menarik perhatian aku. Dan aku mahu kongsikannya. Di sini. Catatan ini catatan motivasi. Tentang keajaiban otak. Aku ambil intipatinya sahaja. Harap-harap ada manfaat yang boleh diambil.
- Otak adalah alam semesta seberat satu kilogram. Nah! Betapa hebat potensi otak.
- Jika seluruh maklumat buku perpustakaan di dunia atau seluruh maklumat jaringan telekomunikasi di dunia dimasukkan ke dalam otak, otak manusia tidak akan penuh.
- Jika setiap detik, 10 informasi dimasukkan ke dalam otak kita semenjak lahir sehinggalah kita meninggal dunia, otak kita tidak akan penuh. Masya-Allah! Betapa besarnya 'storage' otak manusia, Rugikan kalau tak isi?
Jomlah! Alang-alang dah jadi warga SBP, amatlah wajar kita mengisi otak kita yang sedia hebat ini!
No comments:
Post a Comment